Pengaruh Rakan Punca Utama Jadi Mat Rempit – PDRM

Advertisements

Pengaruh rakan sebaya disahkan antara faktor penyumbang seseorang itu terlibat dengan aktiviti lumba haram.

Perkara itu dimaklumkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Dr Mohd Roslan Mohd Tahir berdasarkan kajian tiga tahun yang dilaksanakan pihaknya.

Menurut Dr Mohd Roslan, keputusan kajian tersebut diperoleh selepas menemu bual seramai 300 ‘mat rempit tegar’ berusia antara 16 hingga 27 tahun disekitar Seri Alam, Kulai, Skudai dan Iskandar Puteri.

Menariknya, hasil kajian tersebut mendapati tercetusnya gejala lumba haram dan budaya rempit di Malaysia bukanlah disebabkan kerajaan mahupun masyarakat, sebaliknya penyumbang utama adalah rakan sendiri.

“Selama ini masing-masing menunding jari, mencari kesalahan (punca masalah mat rempit) ada yang menyalahkan kerajaan, keluarga dan masyarakat.

“Hasil daripada kajian membabitkan koresponden mat rempit tegar yang ditemu bual secara personal. Ia bukanlah salah kerajaan, penguatkuasa atau keluarga kerana (hasil kajian yang dilakukan) mendapati ia adalah salah diri sendiri dan paling penting penemuan saya ialah 90 peratus adalah pengaruh rakan sebaya,” jelasnya.

Tambah Roslan lagi, antara langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah lumba haram adalah menjalankan kempen kesedaran disamping ibu bapa perlu memainkan peranan.

“Antara penyelesaian kita dapat buat mungkin pihak berkuasa boleh mengadakan program untuk pemuda melalui kempen kesedaran… ibu bapa juga perlu main peranan untuk memberi nasihat,” tambahnya.

Sementara itu, Roslan ditemui media tempatan sewaktu pelancaran buku “Rempit Barah Dalam Masyarakat – Salah Siapa?”, baru-baru ini. – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.