Imej Jelas Yamaha Tracer 9 GT Baharu Dedah Skrin TFT Lebih Besar

Baru-baru ini, beberapa gambar ‘spy shot’ mendedahkan bahawa Yamaha Tracer 9 GT akan dinaik taraf dengan teknologi radar.

Kehadiran teknologi itu bermakna Tracer 9 GT baharu itu akan menawarkan fungsi ‘Adaptive Cruise Control’ sepertimana yang terdapat pada Ducati Multistrada V4, KTM 1290 Super Adventure dan BMW R 1250 RT.

Bagaimanapun, motosikal sport touring dari Yamaha itu dijangka hanya akan menggunakan teknologi radar depan sahaja berbanding Multistrada V4 dan 1290 Super Adventure yang mempunyai radar dibelakang bagi fungsi ‘Blind Spot Detection’.

Namun, ketiadaan teknologi radar di bahagian belakang juga mungkin antara aspek yang telah dipertimbang Yamaha dalam usaha memastikan Tracer 9 GT masih lagi dalam linkungan harga mampu milik berbanding jenama Eropah lain.

Namun, dalam perkembangan terbaru, Yamaha juga akan menaik taraf bahagian papan pemuka Tracer 9 GT.

Sumber: CycleWorld

Berdasarkan gambar ‘spy shot’ terbaru, jelas menampakkan sebuah paparan skrin TFT berwarna tunggal menggantikan skrin berkembar 3.5-inci yang terdapat pada model sebelumnya.

Skrin yang lebih besar itu juga memberi bayangan bahawa Yamaha akan menawarkan fungsi ‘smartphone connectivity’ bagi membolehkan penunggang menghubungkan telefon pintar kepada skrin untuk tujuan navigasi dan sebagainya.

Walaupun Yamaha masih belum mengumumkan sebarang tarikh pelancaran bagi generasi baharu Tracer 9 GT, melihat kepada rupa bentuknya yang serba lengka dan siap sepenuhnya, pastinya pengumuman itu akan dibuat tidak lama lagi.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]