Kenderaan Berat Dilarang Guna Laluan Utama Di KL – JPJ

meJabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melarang semua jenis kenderaan berat yang melebih 7,500 kilogram daripada memasuki jalan utama ke pusat bandar dari 6.30 hingga 9.30 pagi dan 4.30 hingga 7.30 petang setiap hari.

Sekatan itu dikuatkuasakan selepas tinjaun oleh JPJ yang mendapati terdapat banyak kenderaan berat menggunakan laluan utama ke pusat bandar pada waktu puncak terutamanya di waktu pagi dan lewat petang sekaligus menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di Lembah Klang.

“Jalan yang telah digazet dengan sekatan perjalanan babitkan jarak 5km dari pintu masuk ke pusat bandar akan ditanda dengan papan tanda khas,” jelas JPJ dalam satu kenyataan pada Khamis.

Antara jalan yang telah digazetkan dengan sekatan di sebelah pagi dan lewat petang adalah seperti berikut:

  • Jalan Kuching dari Taman Wahyu di Jalan Ipoh ke pusat bandar.
  • Jalan Genting Kalng dari TAR College hingga ke pusat bandar.
  • Jalan Cheras dari Taman Midah ke pusat bandar.

Sementara jalan yang digazet dengan sekatan di sebelah petang adalah seperti berikut:

  • Jalan Kepong.
  • Jalan Ipoh dari Bulatan Kepong hingga Jalan Batu Caves.
  • Karak Highway.
  • Jalan Gombak dari Jalan Kampung Bandar Dalam hingga sempadan Kuala Lumpur
  • Jalan Genting Klang dan Jalan Cheras bermula dari Jalan Pudu hingga Jalan Tenteram

Sekatan terhadap kenderaan berat menuju ke pusat bandar telah pun berkuat kuasa sejak dulu namun sejak negara beralih ke fasa peralihan, rata-rata pemandu kenderaan berat tidak mengendahkan peraturan tersebut.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]