Benda Rasmikan Dua Versi Enjin V4 – 1198cc Dan 496ccc

Advertisements

Jenama motosikal China, Benda, telah pun memperkenalkan enjin V4 yang bakal diguna pakai pada model akan datang.

Enjin V4 tersebut tampil dengan dua versi, 1198cc dan 496cc dengan kedua-duanya dijangka akan menggerakan jentera ‘power cruiser’ yang akan diperkenalkan Benda tidak lama lagi.

Jika dibandingkan dengan enjin V4 pada Ducati Panigale, kapasiti V4 Benda lebih besar – 1198cc berbanding 1103cc – namun enjin baharu itu menghasilkan kuasa lebih rendah 154hp pada 9,500rpm dan 120Nm pada 7,500rpm.

Nisbah mampatan enjin V4 Benda juga lebih rendah 11.5:1 berbanding 14:1 pada Panigale V4 S.

Bagaimanapun, jalur kuasa yang dihasilkan enjin Benda ini bukanlah satu isu kerana pengeluar motosikal China itu tidak bercadang untuk menggunakan enjin tersebut pada jentera ‘supersport’ sebaliknya pada sebuah ‘power cruiser’ seperti Benda  LFC700 yang diperkenalkan tahun lalu.

Sementara itu, turut mencuri perhatian adalah versi 496cc – dengan stroke 55.2mm dan bore 53.5mm -mampu meghasilkan 57hp dan 44.7Nm. Menariknya, nisbah mampatan sama seperti versi 1198cc – 11.5:1 – turut diguna pakai pada enjin ini.

Advertisements