Polis Johor Sita 22 Motosikal Roda Tiga Milik Warga Rohingya

Advertisements

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor telah menjalankan satu operasi khas pada 23 Mei lalu yang mensasarkan motosikal roda tiga.

Sewaktu operasi tersebut, sebanyak 22 motosikal roda tiga yang dikendalikan warga Rohingya telah ditahan.

Menurut laporan, motosikal roda tiga tersebut telah digunakan dengan cara yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain terutamanya ketika membawa barangan kitar semula.

Polis Johor turut mengeluarkan lebih 54 saman sewaktu operasi tersebut dengan 22 daripadanya dikeluarkan ekoran ketiadaan lesen menunggang dan tanpa insurans kenderaan.

Sementara 22 saman lain dikeluarkan atas kesalahan melakukan modifikasi haram.

Kesemua 22 motosikal roda turut disita dibawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisements