Castrol Malaysia Dan Continental Tyre Malaysia Meterai Kerjasama

Castrol Malaysia dan Continental Tyre Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU)  bagi meneroka inisiatif bersama di seluruh negara.

Castrol Malaysia dalam satu kenyataan menjelaskan kerjasama kali ini adalah mengukuhkan kedudukan kedua-dua pihak dalam negara dengan memanfaatkan jaringan pengedar dan kepakaran untuk ditawarkan kepada pengguna.

“Kerjasama ini adalah bukti bahawa kedua-dua jenama komited dalam aspek keselamatan dan kepuasan pengguna dan bersama-sama kami dapat membina jenama kami di Malaysia.

“Menerusi gabungan kepakaran sedia ada kami akan terus berinovasi dalam meneraju pasaran global dalam aspek perkhidmatan dan penyelenggaraan,” jelas Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Gan Wee Kiong.

Sementara itu, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andera Somorova berkata permintaan kukuh terhadap kedua-dua jenama ini membuka peluang untuk kami terokai bersama.

“Ini adalah peluang yang baik untuk bersama-sama menawarkan perkhidmatan yang lebih baik terhadap pelanggang. Kami percaya servis dan perkhidmatan yang telah ditawarkan sekian lama membuatkan kami akan terus diberi kepercayaan sebagai jenama pilihan dalam penyelenggaraan kenderaan,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut layari www.castrol.com.my

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply