Kamera AWAS Rakam 35,618 Kenderaan Langgar Had Laju Setakat Ini – JPJ

Sebanyak 35,618 kesalahan memandu melebihi had laju dirakam kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) sewaktu Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) setakat Khamis minggu lalu.

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan  (JPJ), sebanyak 4.7 juta kenderaan telah direkodkan melalui kamera AWAS di lebuh raya seluruh negara sepanjang Ops HRA diadakan sejak 29 April lalu.

Sementara itu, sebanyak 10,355 lagi telah dirakam kamera AWAS melanggar lampu isyarat merah daripada 1.5 juta kenderaan yang melalui.

Ini sekaligus menyaksikan pesalah jalan raya yang dirakam melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah sepanjang tempoh Ops HRA 2022 akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun.

Pelaku yang didapati bersalah akan dikenakan denda sehingga RM2,000 mengikut Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada masa sama, pelaku yang didapati melakukan kedua-dua kesalahan (lebih had laju dan langgar lampu merah) akan dikenakan empat mata demerit berjadual dibawah sistem KEJARA (Pemberian Mata Demerti Kesalahan Jalan Raya).

Kesalahan melanggar lampu isyarat merah dan melebihi had laju ketika Ops HRA 2022 merupakan antara lima kesalahan trafik yang diumumkan pihak JPJ yang tidak boleh dikompaun sebaliknya akan dikenakan tindakan mahkamah. – FMT

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply