Kenderaan Mikromobiliti Dilarang Berada Di Atas Jalan Raya – Wee Ka Siong

Kementerian Pengangkutan telah menetapkan bahawa kenderaan mikromobiliti dilarang berada di atas jalan raya berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong yang menjelaskan larangan tersebut dikenakan mengikut pewartaan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 (Kaedah) yang telah berkuat kuasa sejak 17 Disember lalu.

Berikut senarai kenderaan mikromobiliti yang dilarang digunakan di atas jalan raya:

  • Moped
  • Personal Mobility Devices (skuter elektrik, unicycle) atau mempunyai kelajuan maksimum 50km/j
  • Personal Mobility Aids

Sementara itu, Wee Ka Siong menegaskan hanya basikal elektrik yang mencapai Malaysia Standard MS2514: Electri Bicycles (Electric Pedal Asisted Bicycles) Specification dibenarkan digunakan di atas jalan raya.

Pada masa sama, Ka Siong memaklumkan bahawa pengguna yang didapati menggunakan kenderaan yang dilarang di atas jalan raya akan berdepan kompaun RM300 seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Walaupun kompaun yang dikenakan hanya RM300, namun Akta Pengangkutan Jalan boleh digunakan sepenuhnya sekiranya berlaku kemalangan,” tambahnya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply