CFMoto 250SR Lava Orange 2022 Kini Di Malaysia – Hanya 50 Unit, RM16,800

Advertisements

CFMOTO Malaysia telah pun perkenalkan CFMoto 250SR 2022 yang tampil dengan pilihan warna Lava Orange untuk pasaran tempatan.

Bagaimanapun, selain tampil dengan warna baharu, CFMoto 250SR masih mengekalkan spesifikasi sama terutamanya bahagian enjin yang masih lagi dikuasakan platform satu silinder 249.2cc DOHC dengan penyejukkan cecair dan BOSCH EFI yang menjana 27.5hp pada 9,750rpm dan 22Nm pada 7,500rpm.

Komponen premium lain juga dikekalkan antaranya termasuk lampu LED penuh, fork depan upside/down (USD), cakera brek depan 292mm dan 220mm (belakang) serta paparan meter TFT.

Ciri elektronik lain yang turut ditawarkan adalah dua mod menunggang (Sport dan Eco) serta sistem ABS (anti-lock braking system),

Ciri menarik lain antaranya tangki 12L serta berat 165 kilogram juga menjadikan model ini cukup sesuai untuk kegunaan harian mahupun ‘ride’  dihujung minggu.

Untuk makluman, dua pilihan warna yang ditawarkan sebelum ini, Nebula Black dan Nebula White masih lagi ditawarkan manakala pilihan warna baharu, Lava Orange hanya terhad kepada 50 unit sahaja.

CFMoto 250SR 2022 ini boleh didapati di pengedar rasmi CFMOTO Malaysia pada harga RM16,800 dan didatangkan dengan waranti dua tahun serta perbatuan tanpa had.

Advertisements