Penunggang Motosikal Maut, Helmet Dihempap Batu Ketika Konvoi Ke Bukit Fraser

Seorang penunggang motosikal maut selepas kepalanya terkena batu yang jatuh dari lereng bukit dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 35.4 Jalan Tranum ke Bukit Fraser, pada Sabtu.

Sewaktu kejadian tersebut, mangsa, Nor Eaffendi Mohammad Samsi, 51, bersama isterinya, Asfalillah Abu Hassan, 39, sertai konvoi motosikal bersama 30 penunggang lain dari Johor Bahru.

“Mereka menginap di Jerantut sebelum meneruskan perjalanan ke Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan singgah ke Bukit Fraser sebelum kejadian berlaku.

“Menurut isteri mangsa, kejadian berlaku dengan pantas, dia hanya terdengar bunyi hentakan kuat di kepala suami motosikal mereka terbabas ke bahagian kanan jalan,” jelas Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Kama Azural Mohamed.

Pasukan perubatan yang tiba dilokasi telah pun mengesahkan mangsa meninggal dunia sementara isteri alami kecederaan ringan.

Sementara itu, hasil bedah siasat dapati punca kejadian adalah pendarahan di otak selain alami keretakan tempurung kepala. – BH

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply