PM Umum Moratorium 6 Bulan Bagi Mangsa Banjir

Individu yang terkesan dengan situasi banjir yang melanda negara ketika ini akan menerima penangguhan atau pengurangan bayaran balik ansuran pinjaman sehingga enam bulan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan bantuan tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif bagi meringkan beban rakyat yang terjejas akibat banjir.

“Moratorium (rehat bayaran) enam bulan pertama diberikan ke atas pembayaran ansuran bulanan dan ia terbuka kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara,” jelas Perdana Menteri dalam satu kenyataan.

Penangguhan atau pengurangan bayaran balik ansuran pinjaman tersebut babitkan pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi. – BH