“Abaikan Sahaja Arahan Marshal Jika Tiada Kehadiran Polis”

Demikian kenyataan dibuat Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim susulan rakaman video tular yang memaparkan beberapa ‘marshal’ bertindak menahan dan mengawal trafik di Port Dickson sebelum ini.

Mat Kassim memberi peringatan bahawa orang ramai boleh mengabaikan arahan marshal tersebut sekiranya tiada kehadiran pihak berkuasa.

“Orang awam atau pengguna jalan raya boleh mengingkari perintah marshal ini, sekiranya mereka melakukan tugas-tugas trafik seperti meminta anda memberikan laluan, memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan, melencongkan kenderaan anda dan pelbagai lagi.

“Akta Polis 1967 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan dengan memberikan kuasa kepada Pegawai Polis, Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Warden Trafik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengawal lalu lintas di jalan awam,” jelasny.

Setakat ini pihak polis telah pun menahan lima individu yang telah bertindak sebagai marshal di persimpangan lampu isyarat Sua Betong dalam kejadian pada 20 November lalu.

Sekumpulan individu tersebut dipercayai bertindak demikian bagi membenarkan sekumpulan motosikal berkuasa besar meneruskan perjalanan meskipun ketika itu lampu isyarat jelas berwarna merah. – BH

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply