HLYM Umum Harga Yamaha Tracer 9 GT – RM69, 498

Selepas mendedahkan harga Yamaha MT-09 2021 minggu lalu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akhirnya mengumumkan harga rasmi bagi Yamaha Tracer 9 GT yang diletakkan pada RM69,498.

Selain daripada dinamakan semula daripada Tracer 900 GT sebelum ini, model 2021 ini juga menampilkan sesaran enjin yang lebih besar, 890cc sekaligus menyaksikan peningkatan kuasa sehingga 4hp.

Model baharu ini kini menawarkan 117hp hasil daripada Yamaha meningkatkan stroke enjin CP3 kepada 3mm sekaligus menyaksikan pertambahan sesaran enjin sebanyak 43cc.

Menariknya, Yamaha berjaya menghasilkan enjin yang lebih ringan walaupun memiliki kapasiti yang lebih besar dengan kuasa yang lebih tinggi.

Selain daripada enjin 890cc yang kini Euro 5, Yamaha turut mengemaskini chasis Tracer 9 GT dengan kerangka Deltabox die-cast jenis aluminum yang kini 2 kilogram lebih ringan berbanding model sebelumnya.

Menyumbang kepada kerangka baharu adalah bahagian swingarm yang telah direka semula yang kini 60mm lebih panjang berbanding swingarm MT-09 bagi menawarkant tunggangan lebih stabil.

Bukan itu sahaja, Tracer 9 GT ini juga dilengkapi dengan sistem kawalan IMU 6-axis dari R1 sepertimana yang terdapat pada MT-09 2021.

Sistem IMU ini mengawal selia kawalan traction, kawalan slide, kawalan wheelie dan kawalan brek termasuk ABS (anti-lock braking system).

Tracer 9 GT juga menawarkan empat mod tunggangan dengan lampu LED depan dan belakang serta klac assist dan slipper.

Bukan itu sahaja, model ini juga dilengkapi ciri elektronik terkini antaranya fungsi cruise control, paparan TFT 3.5″ berkembar, ‘heated grip’, quickshifter, ‘cornering light’ dan sistem suspensi ‘semi-active’ dari Kayaba.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.