RASMI: Perodua Myvi Baharu Dilancarkan – 4,000 Unit Sudah Ditempah

Perodua akhirnya melancarkan Myvi baharu selepas beberapa minggu pelbagai teaser dikongsikan.

Menariknya, Perodua telah menerima lebih 4,303 unit tempahan dalam tempoh sembilan hari setakat ini dengan angka tersebut dijangka naik selepas pelancaran.

Perodua juga menjangkakan akan menerima lebih 6,000 unit tempahans setiap bulan.

Menurut Perodua, Mvyi baharu ini telah menelan belanja lebih RM50 juta untuk pembangunan.

“Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia terutama para pelanggan kami atas sokongan yang diberikan kepada Perodua dan Myvi baharu,” jelas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Myvi baharu tampil dengan lima varian berserta harga seperti berikut:

  • 1.5L AV – RM58,800
  • 1.5L H – RM53,900
  • 1.5L X – RM49,900
  • 1.3L G – RM47,700
  • 1.3L G (Basic) – RM45,700

Antara naik taraf terbesar adalah pengenalan sistem Perodua Smart Drive Assit (PSDA) yang sekaligus meningkatkan tahap keselamatan pemandu.

PSDA ini merangkumi Advance Safety Assist versi 3.0, Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keep Assist (LKS), Blind Spot Monitoring System (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA) yang tersedia dalam semua varian kecuali 1.3L G (Basic).

Bukan itu sahaja, semua varian Myvi kini didatangkan dengan transmisi D-CVT menggantikan transmisi 4-kelajuan sekaligus meningkatkan kecekapan bahan api sehingga 5 peratus.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.