Brixton Motorcycles Dedah Cromwell 1200 – 80HP, 108Nm

Advertisements

Selepas berbulan spekulasi yang disusuli dengan beberapa dokumen paten, akhirnya Brixton Motorcycles mendedahkan Cromwel 1200 2022.

Sekalipun motosikal jenama Britain milik syarikat Austria (KSR Group) itu dihasilkan di China, namun pelancaran Cromwell 1200 seakan menghadirkan masa depan yang cerah bagi Brixton Motorcycles.

Meskipun rekaan keseluruhan jelas diinspirasikan daripada jenama terkemuka Triumph Bonneville, Cromwell 1200 masih lagi didatangkan dengan ciri terkini antaranya lampu LED penuh, ABS dan paparan skrin TFT.

Brixton Cromwell 1200 ini juga menawarkan 80hp pada 8,500rpm dan 108Nm pada 3,500rpm sekaligus setaraf dengan Bonneville T120 yang menghasilkan 79.1hp dan 105Nm.

Sementara itu, sistem suspensi merangkumi penyerap hentakan KYB manakala aspek brek dikendalikan kaliper brek Nissin dengan cakera brek 310mm depan dan 260mm belakang yang dipadankan bersama tayar 18″ depan dan 17″ belakang.

Antara ciri menarik lain ditawarkan adalah:

  • fungsi ride-by-wire
  • dua mod tunggangan
  • tangki 16L
  • tinggi tempat duduk 800mm
  • berat bersih 235kg

Menurut Brixton, Cromwell 1200 ini boleh mencapai kelajuan maksima 198km/j.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.