Ducati Lancar Streetfighter V2 2022 – Enjin Superquadro 955cc, 153HP

Ducati World Premier 2022 menyaksikan sebuah lagi model baharu dilancarkan, Ducati Streetfighter V2.

Seperti Streetfighter V4 yang merupakan versi ‘naked’ daripada Panigale V4, Streetfighter V2 juga lahir daripada Panigale V2 yang telah dibuang ‘fairing’.

Hasilnya, Ducati Streetfighter V2 kekal membawa enjin Superquadro 955cc yang menawarkan 153hp dan 102Nm.

Bagaimanapun, berbanding Panigale V2 yang menawarkan ergonomik lebih agresif, Streetfighter V2 lebih mesra untuk kegunaan di jalan raya dan sebagai jentera harian hasil bantuan tempat duduk yang lebih menegak.

Ducati Streetfighter V2 ini juga dilengkapi dengan ‘single-sided swingarm’ yang lebih panjang, fork depan Showa Big Piston boleh laras, penyerap hentakan belakang Sachs (boleh laras) dan steering damper Sachs.

Sementara itu, sistem membrek dikendalikan brek kaliper radial Brembo M4-32 monoblock yang dipadankan bersama cakera brek 320mm.

Walaupun tampil sebagai versi lebih ‘jinak’ berbanding Streetfighter V4, varian V2 ini masih lagi didatangkan dengan pakej eletronik serba lengkap antaranya:

  • ABS Cornering EVO with ‘slide by brake’ function
  • Ducati Traction Control (DTC) EVO 2
  • Ducati Wheelie Control (DWC) EVP
  • Ducati Quick Shift (DQS) EVO 2
  • Engine Brake Control (EBC) EVO
  • three riding modes (Sport, Road, Wet)

Mengekalkan acuan rekaan sama seperti Streetfighter V4, model V2 ini juga didatangkan dengan lampu LED penuh bersama fungsi ‘daytime running light’ (DRL) serta paparan skrin TFT 4.3″.

Bagaimanapun, Streetfighter V2 tidak didatangkan dengan komponen biplane wings (winglet) seperti versi V4 namun ditawarkan sebagai komponen tambahan bagi yang berminat.

Winglet tersebut membantu menghasilkan ‘downforce’ lebih 28kg pada kelajuan 265km/j.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]