DWP 2022: Ducati Lancar Scrambler 1100 Tribute PRO Dan Urban Motard

Episod 2 Ducati World Premier 2022 menyaksikan dua model Scrambler diperkenakan menerusi Ducati Scrambler 1100 Tribute PRO dan Scrambler Urban Motard.

Kedatangan Tribute PRO dan Urban Motard menjadikan keluarga Ducati Scrambler kini dibarisi 10 model keseluruhan.

Ducati Scrambler 1100 Tribute PRO

Tampil dalam warna serba kuning ‘Giallo Ocra’, Tribute PRO ini turut menampilkan logo Ducati klasik rekaan Giugiaro di samping meraikan pengenalan enjin twin-cylinder pertama dijual Ducati pada 1971.

Tribute PRO digerakkan enjin L-Twin 1,079cc dengan Desmodromic Distribution dan penyejukan udara yang menawarkan 86hp @ 7,500rpm dan 88Nm @ 4,750rpm.

Model ini juga menawarkan mod tunggangan PRO serta Ducati Traction Control.

Ducati Scrambler Urban Motard

Berbanding Tribute PRO yang menawarkan elemen klasik, Urban Motard pula mencerminkan imej yang lebih segar dan moden untuk golongan muda.

Tampil dengan warna putih dan merah, Urban Motard ini menggabungkan ciri Scrambler Nightshift dan Desert Sled dengan penggunaan ‘side plate’, tempat duduk rata dan ‘mudguard’ tinggi.

Scrambler Urban Motard ini juga dikuasakan enjin L-Twin 803cc sama yang terdapat pada varian Icon/Nightshift dan menawarkan 73hp pada 8,250rpm dan 66.2Nm pada 5,750rpm.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • kerangka tubular steel
  • fork USD 41mm Kayaba (depan)
  • monoshock Kayaba boleh laras (belakang)
  • rim spoke aluminium
  • cakera brek 330mm depan dengan kaliper brek 4-piston
  • cakera brek 245mm belakang dengan kaliper brek 1-piston
  • Cornering ABS BOSCH
  • paparan LCD

Kedua-dua model ini dijangka akan dipasarkan di Malaysia sekitar tahun 2022.