Isuzu D-Max Auto Plus 4×2 1.9L Dilancarkan – RM100,999

Isuzu Malaysia merasmikan varian baharu trak pikap dengan Isuzu D-Max Auto Plus 4×2 1.9L untuk pasaran tempatan.

Menawarkan sistem yang lebih ringkas, model ini 85 kilogram lebih ringan berbanding kenderaan 4×4 biasa.

Bagaimanapun, enjin 1.9L RZ4E-TC kekal menawarkan 150PS dan 350Nm di antara 1,800rpm dan 2,600rpm dan dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan.

Sementara itu, sistem suspensi pula dikendalikan suspensi jenis double wishbone didepdan dan 3-leaf semi-elliptical spring di belakang.

Antara ciri keselamatan ditawarkan:

  • ABS
  • Electronic Brake Distribution
  • Electronic Stability Control
  • Traction Control
  • Hill Start Assist
  • Hill Descent Control
  • Brake Override
  • ISOFIX

Model ini juga tampil dengan ciri moden antaranya lampu projektor bi-LED dengan daytime running light (DRL), fog lamp serta rim 17″ dengan tayar radial 255/65 R17 HT.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • tempat duduk dengan fabrik tahan lasak
  • paparan skirn 7″
  • reverse camera
  • soket 12V
  • slot USB depan dan belakang

Isuzu D-Max Auto Plus 4×2 1.9L ini ditawarkan pada harga RM100,999.20 dengan penghantaran dibuat pada November tahun ini.