Kerap Buat Ujian Saringan Covid-19 Sebelum Rentas Negeri – KJ

Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan orang ramai untuk kerap melakukan ujian saringan Covid-19 sebaik aktiviti rentas negeri dibenarkan semula.

Perkara itu disampaikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar setelah kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa hanya tinggal 1.6 peratus lagi untuk mencecah 90 peratus sekaligus membolehkan aktiviti rentas negeri dibenarkan semula.

“1.6 peratus sebelum sempadan negeri dibuka, ketika KKM melakukan ujian saringan untuk kes simptomatik kami menasihatkan orang yang berada dalam persekitaran hubungan dan mobiliti tinggi untuk melakukan ujian secara berkala,” jelas Khairy.

Setakat hari ini, 6 Oktober 2021 kadar vaksinasi lengkap telah pun mencecah 88.4 peratus atau 20.8 juta. – AWANI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.