Genting Highland Antara Lokasi Bakal Dibuka Untuk Orang Ramai Bermula 1 Oktober

Kerajaan membuat keputusan untuk membuka beberapa destinasi pelancongan kepada orang awam bermula 1 Oktober ini.

Tiga lokasi tersebut melibatkan Genting Highland, Pulau Tioman dan Melaka.

Perkara itu disahkan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri yang memaklumkan keputusan itu dicapai menerusi perbincangan di Mesyuarat Menteri Kuartet yang berlangsung semalam.

Bagaimanapun, keputusan perbincangan itu akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Menurut Nancy, sekiranya dipersetujui, ketiga-tiga destinasi itu akan dibuka kepada orang awam dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Tambahnya lagi, beberapa destinasi pelancongan lain akan turut dibuka kepada orang ramai yang akan diumum kemudian. – Kosmo