Triumph Speed Triple 1200 RR Dirasmikan- Suspensi Elektronik Öhlins, 177hp

Triumph Motorcycles akhirnya mendedahkan Speed Triple 1200 RR, motosikal jenis ‘sportsbike’ terbaru dari Hinckley.

Dibangukan dengan platform Speed Triple 1200 RS, model baharu ini menawarkan ciri jauh berbeza dengan barisan model sedia ada.

Komponen paling mencuri perhatian adalah penggunaan suspension jenis separa-aktif, Öhlins Smart EC 2.0 boleh laras secara elektronik menggantikan fork inverted NIX30 dan monoshock TTX36 yang terdapat pada Speed Triple RS.

Sebagai jentera dengan rekaan lebih agresif ala sportsbike, Speed Triple 1200 RR ini juga datang dengan handlebar jenis ‘clip-on’ yang 5 inci lebih rendah dan 2 inci lebih kedepan berbanding RS.

Triumph turut mengolah semula ergonomik tempat duduk bagi menawarkan tunggangan lebih agresif.

Aspek rekaan juga mencuri tumpuan, terutamanya panel depan yang kini menempatkan lampu LED berbentuk bulat tunggal berbanding tetapan dua lampu yang biasanya diguna pakai pada model Triumph lain.

Bahagian fairing juga tampak menarik dengan pendekatan ala retro-klasik namun cukup garang sekaligus menjadikan Speed Triple RR ini sportsbike lain dari yang lain.

Bagaimanapun, model baharu ini masih mengekalkan enjin tiga-silinder 1,160cc DOHC dengan penyejukan cecair yang sama terdapat pada Speed Triple RS dan hasilnya menawarkan 177hp pada 10,750rpm dan 125Nm pada 9,000rpm.

Transmisi 6-kelajuan juga dipadankan dengan bantuan klac assist dan slipper yang membantu menyalurkan kuasa dengan lebih lancar bagi menanggung input agresif dari penunggang.

Antara ciri lai yang turut dikekalkan dari RS adalah lever Brembo MCS dan kaliper Brembo Stylema yang dipadankan bersama cakera brek 320mm depan dan 220mm belakang.

Ciri elektronik lain ditawarkan:

  • 5 mod tunggangan
  • wheelie control
  • cornering ABS
  • traction control
  • quickshifter
  • cruise control
  • paparan TFT 5″ dengan fungsi My Triumph

Menurut Triumph Motorcycles, Speed Triple 1200 RR baharu ini akan ditawarkan awal 2022.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.