MV Agusta Lancar Brutale 1000 RS Dengan Spesifikasi Rendah

MV Agusta telah pun melancarkan Brutale 1000 RS yang sebelum ini dicanang sebagai versi lebih ‘mampu milik’ berbanding Brutale 1000 RR.

Bagaimanapun, sekali imbas, sukar untuk membezakan kedua-dua model ini tatkala Brutale RS meneruskan reka bentuk dan panel badan sama seperti RR.

Namun, melihat kepada spesifikasi, perubahan ketara tertumpu kepada bahagian suspension, apabila Brutale RS didatangkan dengan fork depan Marzocchi dan penyerap hentakan belakang dari Sachs menggantikan suspension elektronik Ohlins yang terdapat pada varian RR.

Antara aspek lain yang turut dikemas kini adalah ergonomik penunggang, tempat letak kaki, cermin sisi serta tempat duduk.

Bagaimanapun, Brutale RS ini kekal menawarkan ‘riding aid’ sama yang ditawarkan pada RR.

Bukan itu sahaja, enjin empat silinder 998cc turut dikekalkan dan masih menawarkan 208hp pada 13,000rpm dengan kelajuan maksima 300km/j.

Ini merupakan enjin yang telah dinaik taraf awal tahun ini yang diperkenalkan pada Brutale RR yang merangkumi conrod dan injap titanium, dan profil cam baharu.

Buat masa ini tiada harga rasmi diumumkan namun melihat kepada spesifikasi dan dakwaan jenama Itali itu sebelum ini, Brutale RS akan tampil dengan harga lebih ‘mesra’ berbanding Brutale RR.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]