Triumph Speed Triple 1200 RR Lancar 14 September Ini

Triumph Motorcycles akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi model terbaru, Speed Triple 1200 RR.

Menurut pengeluar motosikal British itu, Speed Triple 1200 RR akan dirasmikan pada 14 September ini.

Bagaimanapun, dalam video ‘teaser’ terbaru berdurasi 45 saat itu, Triumph menampakkan Speed Triple 1200 RR tersebut secara jelas.

Berdasarkan pemerhatian, jentera baharu ini menggabungkan elemen sportsbike dan retro yang unik dengan penggunaan lampu LED bulat didepan yang dipadankan dengan reka bentuk panel klasik.

Sekali imbas, Speed Triple 1200 RR ini membawa aura seakan sama dengan MV Agusta Superveloce 800.

Bagaimanapun, dengan enjin sama yang terdapat pada Speed Triple 1200 RS, pastinya membuatkan model baharu ini jauh lebih baik.

Apa yang pasti, kita tak perlu menunggu lama bagi mengetahui info lebih terperinci tatkala Triumph Speed Tripel 1200 RR 2022 ini akan dilancarkan pada 14 September ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.