Lembah Klang Beralih Ke Fasa 2 – Pergerakan Antara Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Dibenarkan

Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 bagi Lembah Klang.

Peralihan ke Fasa 2 ini turut menyaksikan pergerakan diantara negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dibenarkan dengan tanpa sebarang sekatan jalan raya.

Menurut perkongsian Perdana Menteri di Facebook, berita ini amat dinantikan warga Lembah Klang yang sebelum ini telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang berada dalam Fasa 1.

Peralihan ke Fasa 2 ini akan berkuatkuasa pada 10 September (Jumaat).