Vespa Primavera Dan GTS Edisi Ulang Tahun Ke-75 Tiba Di Malaysia – Dari RM23,500

Advertisements

Vespa Primavera 150 dan GTS 300 edisi khas sempena sambutan ulang tahun ke-75 Vespa telah pun tiba di Malaysia.

Kedua-dua model ini hanya akan ditawarkan bagi tahun 2021 sahaja sejajar dengan ulang tahun jenama motosikal Itali itu yang menyaksikan lebih 19 juta motosikal dihasilkan sejak 1946.

Model edisi khas ini tampil dengan pilihan warna Giallo 75th yang merupakan warna kontemporari yang popular pada era 40an manakala panel tepi memaparkan angka 75.

Vespa edisi khas ini menawarkan tempat duduk berwarna ‘smoky gray’, rim berwarna kelabu dengan kemasan berlian serta pelbagai kemasan krom.

Antara elemen yang menonjol adalah beg kulit berbentuk bulat yang seakan menyamai bekas tayar ganti.

Bagaimanapun, model ini masih menawarkan ciri moden antaranya skrin berwarna TFT 4.3″ dengan keterhubungan Vespa MIA.

Vespa Primavera 75th Anniversary dan GTS 75th Anniversary ini boleh didapati dengan harga RM23,500 dan RM38,900.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.