RASMI: Tiada Lagi Lumba Motosikal Di Pikes Peak

Advertisements

Penganjur Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC) telah membuat keputusan untuk menghentikan perlumbaan motosikal, dua tahun selepas kematian Carlin Dunne.

Dunne alami kemalangan maut dengan jentera Ducati Streetfighter V4 Prototype ketika hendak sampai ke garisan penamat pada kejohanan 2019.

Susulan kejadian itu, pihak PPIHC telah pun menggantung sementara perlumbaan motosikal sebelum menjalankan kajian mendalam dalam tempoh dua tahun ini.

Hasilnya, selepas pertimbangan dan mengambil kira nasihat daripada industri permotoran, penganjur membuat keputusan untuk menamatkan perlumbaan motosikal di Pikes Peak.

“Perlumbaan motosikal merupakan sebahagian daripada sejarah Pikes Peak sejak 1916.

“Ini adalah proses yang sangat panjang dan satu keputusan yang sukar, tetapi kami percaya ini adalah keputusan yang tepat dan terbaik demi kepentingan semua pihak buat masa ini,” jelas Pemangu Pengerusi PPIHC, Fred Veitch.

Di awal penyertaan motosikal, rata-rata pelumba mengguna pakai ‘dirt bike’ sehinggalah jalan ke punca Pikes Peak diturap semula.

Hasilnya, pelumba mula memilih jentera lebih berkuasa untuk beraksi sekaligus menyumbang kepada angka kemalangna yang tinggi.

Bagaimanapun, keputusan penganjur dijangka tidak akan memberi kesan besar tatkala PPIHC pada awalnya merupakan acara lumba kereta.

Advertisements