Bosch Hasilkan ABS Motosikal Di Thailand Bermula 2022

Bosch akan memulakan pembuatan anti-lock braking system (ABS) motosikal pada suku kedua 2022 di Thailand.

Kilang di Amata City Industrial Estate itu telah pun beroperasi sejak 25 tahun lalu dalam penghasilan komponen kereta termasuk ABS pada 2014.

Bagaimanapun, bermula tahun depan, kilang itu akan memulakan pembuatan ABS motosikal selaras dengan pengumuman Jabatan Pengangkutan Darat Thailand yang mewajibkan semua motosikal mempunyai ABS menjelang 2024.

Pada masa, motosikal (atas 125cc) sedia ada juga diwajibkan mempunyai ABS menjelang 2026.

Langkah terbaru kerajaan Thailand itu dlihat sebagai usaha mempertingkatkan tahap keselamatan penunggang di seluruh negara.

Menurut Bosch, lebih 25 peratus daripada jumlah kemalangan di negara itu dapat dielakkan dengan bantuan ABS.

Berdasarkan statistik, Thailand merekodkan kemalangan tertinggi di kalangan negara ASEAN.