Kenderaan Perdagangan, E-Hailing Disaran Lakukan Pemeriksaan PUSPAKOM Sebelum 1 Oktober

Advertisements

PUSPAKOM menyarankan pemeriksaan kenderaan dagangan dilakukan sebelum 1 Oktober selaras dengan pengumuman terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tidak lagi melanjutkan moratorium pembaharuan lesen kenderaan (LKM) dan cukai jalan selepas 30 September ini.

Menurut PUSPAKOM, semua pemilik kenderaan perdagangan dan e-hailing yang telah tamat tempoh Perakuan Pemeriksaan PUSPAKOM dari 1 Jun hingga 30 September perlu melakukan pemeriksaan kenderaan bermula hari ini.

Bagi memastikan sesi pemeriksaan kenderaan berjalan dengan lancar, PUSPAKOM akan memastikan slot janji temu pemeriksaan adalah cukup sepanjang tempoh moratorium ini.

Pada masa sama, PUSPAKOM menggesa agar orang ramai yang hadir mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) di samping hanya individu dengan status MySejahtera berisiko rendah sahaja dibenarkan masuk.

Advertisements