Semua Lesen Dan Cukai Jalan Perlu Diperbaharui Sebelum 30 September – JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa setiap pengguna jalan raya perlu memperbaharui lesen kenderaan tamat tempoh sebelum 30 September.

Lesen yang dimaksudkan membabitkan Lesen Memandu Kompeten (CDL), Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), Lesen Vokasional (GDL) dan PSV.

Menurut JPJ, ini kerana tempoh moratorium atau lanjutan bagi pembaharuan lesen akan berakhir pada 30 September ini.

“Pemeriksaan terhadap pematuhan peraturan jalan raya akan dijalankan bermula dari 1 Oktober,” jelas JPJ dalam satu kenyataan.

JPJ turut menggesa orang ramai untuk segera membuat pembaharuan lesen dan cukai jalan secara online menerusi aplikasi MySikap JPJ atau portal MyEG.

Pada masa sama, orang ramai juga boleh membuat janji temu terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter JPJ untuk urusan lain.

Sementara itu, JPJ turut memaklumkan bahawa Pos Malaysia aan kembali menguruskan pembaharuan lesen dan cukai jalan di semua 650 cawangan seluruh negara bermula 9 Ogos ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.