Proton Akhirnya Lancar Iriz Dan Persona 2022 – Dari RM40,300

Proton dengan rasminya melancarkan Iriz dan Persona baharu yang tampil dengan beberapa naik taraf bagi 2022.

Kemaskini itu menyaksikan gril ‘Infinited Weave’ dan ‘Ethereal Bow’ diperkenalkan berasama reka bentuk bampar baharu.

Antara ciri lain yang turut dibawa pada kedua-dua model ini adalah penggunaan lampu LED automatik, rim 16″ dan bumbung serba hitam.

Proton Iriz kini turut tampil dengan varian Active yang membawa DNA ala crossover dan lebih sporty terutamanya penggunaan ‘moulding’ jenis plastik berwarna hitam di semua bahagian lengkungan roda.

Proton Iriz Active ini turut tampil dengan pilihan warna baharu, Citric Orange dan Passion Red yang menonjolkan lagi elemn sporty.

Ruang dalam juga telah dinaik taraf, dengan Iriz dan Persona didatangkan dengan konsol tengah serba baharu yang merangkumi skrin infotainmen 8″ jenis terapung.

Iriz Active menawarkan ruang dalam dengan kemasan merah dengan lencana Active disulam di bahagian tempat duduk depan, trim pintu dan alas kaki.

Varian ini juga datang dengan pedal sport jensi aluminium.

Sementara itu, ruang dalam Persona Premium turut menyerlah dengan kemasan kulit leatherette berwarna perang.

Kedua-dua model juga didatangkan dengan penapis kabin N95 secara standard, enam port USB (tiga di depan dan dua dibelakang), kamera undur, sensor parking, serta mod ECO.

Iriz Active dan Persona Premium kekal dikuasakan dengan enjin 1.6L yang menawarkan 107hp dan 150Nm.

Berikut senarai harga mengikut varian bagi Proton Iriz dan Persona 2022:

  • Proton Iriz
    • 1.3L Standard CVT – RM40,300
    • 1.6L Executive CVT – RM47,100
    • 1.6L Active CVT – RM54,000
  • Proton Persona
    • 1.6L Standard CVT – RM45,200
    • 1.6L Executive CVT – RM50,100
    • 1.6L Premium CVT – RM54,900

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.