KTM RC 390 Baharu Didedahkan Lebih Awal Menjelang Pelancaran Rasmi

Rupa jelas KTM RC 390 didedahkan lebih awal menjelang pelancaran rasmi motosikal itu yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Berdasarkan imej yang dikongsikan, beberapa kemaskini telah dilaksanakan bagi memastikan RC 390 kekal relevan untuk beberapa tahun akan datang.

Antara perbezaan ketara adalah bahagian lampu depan yang kini menempatkan unit lampu tunggal dan dipadankan bersama lampu nyalaan sisi di kiri dan kanan.

Bahagian lain yang turut dinaik taraf adalah penggunaan tangki lebih besar, fork WP boleh laras, paparan TFT berwarna dan cakera brek tunggal baharu dengan kaliper brek ByBre.

KTM RC 390 ini juga dijangka dikuasakan enjin 373.2cc yang sama terdapat pada 390 Adventure dan menawarkan sekitar 44hp.

Pengeluar motosikal Austria itu dijangka melancarkan RC 390 di GP Styria hujung minggu ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.