Arai Lancar Helmet Edisi Khas Sempena Hari Jadi Mendiang Nicky Hayden

Pengeluar helmet Jepun, Arai, telah pun melancarkan helmet Corsair-X dengan grafik khas ‘Nicky Reset’ sempena hari lahir mendiang Nicky Hayden.

Mendiang Hayden telah pun mencapai usia 40 tahun pada 30 Julai lalu sekiranya beliau masih ada hari ini.

Namun, bagi memastikan legasi “Kentucky Kid” kekal dalam ingatan, Arai melancarkan helmet Corsair-X dengan rekaan dan grafik istimewa yang dipakai Hayden ketika sesi ujian MotoGP di Valencia pada 2013.

Grafik ‘Nicky Reset’ itu merupakan penghormatan terhadap perpindahan Hayden dari Ducati ke Aspar Racing Team bagi musim 2014.

Menurut Arai, tema ‘Nicky Reset’ itu merupakan simbol Hayden menetapkan semula kariernya bersama pasukan baharu.

Hayden meninggal dunia pada 2017 selepas terbabit kemalangan sewaktu sedang menjalani latihan berbasikal di Itali.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]