Ibu pejabat PLUS menjadi pusat vaksinasi sebagai sebahagian daripada Operasi Lonjakan Kapasiti PICK, kapasiti 2,000 dos harian

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berterusan dengan kadar semakin laju, dengan Pusat Pemberian Vaksin Integrasi (PPVI) iaitu ibu pejabat PLUS Malaysia di Subang Jaya yang mampu memvaksinkan seramai 2,000 orang dalam sehari.

Inisiatif ini terhasil daripada kolaborasi bersama rakan kongsi penasihat perubatan Primer Cherang dan pelaksana pengamal perubatan swasta PICK dan penyertaan NGO perubatan Protech Health.

Bangunan Persada PLUS merupakan salah satu daripada 14 tempat dipilih oleh Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CTIF) untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin menerusi Operasi Lonjakan Kapasiti yang menyasarkan untuk memberi semua golongan dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur sekurang-kurangnya dos pertama vaksin menjelang Ogos 1.

“Bermula Julai 25, PICK telah melaporkan lebih 16 juta dos, merangkumi dos pertama dan kedua, iaitu 11.5 juta telah menerima hanya dos pertama dan lebih 5.4 juta telah menerima kedua-dua dos,” kata pengarah urusan PLUS Datuk Azman Ismail.

“Berdasarkan data ini, PLUS bangga dapat memainkan peranan membantu negara mencapai tahap imunisasi sasaran. Makin cepat kita berjaya mencapainya, makin cepat kita boleh memasuki Fasa 4 dalam Program Pemulihan Negara (PPN), dan makin cepat ekonomi boleh diperbaiki dan perniagaan juga boleh diteruskan.”

Kakitangan syarikat juga akan menjadi sukarelawan dalam usaha vaksinasi, begitu juga 150 pegawai perubatan dari Primer Cherang dan Protect Health.

Sehingga akhir semalam, ketika Persada PLUS menjadi PPV, jumlah dos vaksin yang diberikan mencapai 17,839,476, termasuk 5,708,147 dos kedua.

Ini bermakna bahawa sebanyak 51.8% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, sementara 24.4% orang dewasa telah diberikan dos kedua.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply