Jurutera Belanda membina motosikal yang menggunakan kuasa metana

Sloot Motor (slooot bermaksud parit dalam bahasa Belanda) dikuasai enjin empat lejang Honda GX160, dan ia sebahagian daripada misi mengekalkan enjin pembakaran walaupun bahan api fosil tidak lagi digunakan pada masa hadapan.

Untuk membina motosikal itu, seorang jurutera Belanda GijsSchalkx menggerudi lubang dalam peti udara yang membenarkan metana disedut masuk, kemudian memasukkan belon ke dalam lubang itu untuk menguasakan enjin.

Untuk permulaan, enjin itu menggunakan petrol konvensional untuk hidup, tetapi apabila sudah mula berjalan ia dikuasakan oleh kuasa metana sepenuhnya.

Schalkx telah mendapat ide ini setelah membaca tentang nelayan yang menggunakan metana yang dikumpul dari paya untuk menggoreng telur ketika memancing di tasik.

Mengumpul metana yang terjadi secara semulajadi merupakan sesuatu yang memerlukan usaha, menggunakan alat istimewa dicipta Schalkx sendiri yang dinamakan plompstation.

“Plompstation terdiri daripada peralatan mengumpul yang berlabuh di air, yang hanya boleh dicapai dari dalam air itu,” kata Schalkx.

“Sebelahnya terdapat pam tekanan yang terkunci di tempat untuk memindahkan bahan api ke dalam bekas.

Walaupun ide mengubah gas ke bahan bakar bunyinya ideal, tetapi ia tidaklah begitu mudah.

Gas yang diperlukan untuk gerakkan motosikal itu memerlukan lapan jam untuk dikumpul, itupun jika proses dipercepatkan dengan mencangkul dasar paya.

Selain itu, pengumpulan gas selama lapan jam hanya mampu menggerakkan motosikal itu sejauh 19km sahaja.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.