MotoGP: Dorna Umum Tarikh Baru GP Amerika Dan Thailand, GP Jepun Dibatalkan

Selepas mengambil kira faktor semasa pandemik Covid-19, FIM dan Dorna Sport telah mengemas kini kalendar penganjuran MotoGP 2021.

GP Amerika kini disahkan bakal menganjurkan MotoGP dari 1 hingga 3 Oktober manakala GP Thailand akan berlangsung pada 15 hingga 17 Oktober 2021.

Sementara itu, selepas mempertimbangkan faktor penerbangan dan logistik di samping pandemik Covid-19 yang melanda Jepun ketika ini, Dorna mengesahkan pembatalan GP Jepun.

Bagaimanapun, Dorna mengesahkan MotoGP akan kembali di negara matahari terbit itu bagi musim 2022.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]