KTM Lancar 450 Rally Factory Replica 2022 – Hanya 80 Unit, RM128k

Advertisements

KTM memperkenalkan 450 Rally Factory Replica 2022 yang direka khas untuk membolehkan peminat motosikal menikmati pengalaman terbaik seperti pasukan Red Bull KTM di pentas dunia.

Menurut KTM, jentera ini dibangunkan bersama pelumba Red Bull KTM, Toby Price, Matthias Walkmer dan Sam Sunderland.

KTM 450 Rally Factory Replica ini mampu menempuh segala senario ekstrim termasuk padang pasir dengan kelajuan tinggi termasuk menangani permukaan yang teknikal dengan ketangkasan maksimum.

Jentera ini digerakan dengan enjin 450cc SOCH dengan suntikan bahan api dan dipadankan bersama chasis khas yang cukup lasak dan mudah lentur.

Antara ciri menarik ditawarkan termasuk fork depan 48mm WP XACT PRO dengan teknologi Cone Valve, silencer Akrapovic, serta kotak gear dari PANKL Racing System yang menawarkan nisbah gear sama seperti jentera Red Bull KTM Factory Racing.

Hanya 80 unit KTM 450 Rally Factory Replica 2022 ini dibina dan ditawarkan pada harga EUR25,900 (RM128 ribu) dan boleh didapati bermula September tahun ini.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.