Berbasikal Ke Tempat Kerja Dibenarkan Tapi Tidak Sebagai Aktiviti Beriadah – PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan bahawa aktiviti berbasikal sebagai satu bentuk senaman dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 adalah tidak dibenarkan sama sekali kecuali sebagai mod pengangkutan ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Khalid Othman memaklumkan bahawa pihak berkuasa tidak akan mengenakan kompaun terhadap mereka yang kayuh ke tempat kerja.

Aktiviti beriadah dan bersenam dengan berbasikal secara berkumpulan mahupun individu adalah tidak dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh PKP 3.0.

Bagaimanapun, senaman seperti joging masih dibenarkan dengan syarat orang ramai hanya boleh melakukannya di sekitar kawasan kejiranan sahaja ekoran taman rekreasi ditutup.

Baru-baru ini sembilan orang dikenakan kompaun RM500 oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah didapati joging di Taman Tasik Shah Alam. – The Sun Daily

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]