Benelli Leoncino 500 Kini Tampil Dengan Versi Cafe Racer

Jenama motosikal Itali-China, Benelli, telah melancarkan Leoncino 500 Sport 2021.

Diperkenalkan sebagai jentera konsep empat tahun lalu di EICMA, Leoncino 500 Sport ini menawarkan ciri sebuah motosikal cafe-racer hasil penggunaan beberapa komponen bagi membezakan dengan versi standard.

Antara ciri baharu diperkenalkan adalah handlebar jenis clip-on, headlight cowl, ekzos jenis double-barrel, rim jenis spoke dan beg sandang kecil di sebelah kanan.

Model ini juga didatangkan dengan paparan digital LCD dengan nyalaan biru.

Bagaimanapun, model ini masih lagi dikuasakan enjin parellel-twn 499.6cc yang menjana 48hp pada 8,500rpm dan 47Nm pada 5,500rpm.

Sistem suspension juga kekal dengan fork upside/down 50mm depan dan monoshock di belakang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.