CFMoto Lancar 800MT Sport Dan 800MT Touring – 95hp, 88Nm!

CFMoto akhirnya merasmikan motosikal segmen adventure, 800MT di Beijing Motor Show 2021, baru-baru ini.

Pengeluar motosikal China itu akan menawarkan dua varian, 800MT Sport dan 800MT Touring dengan kedua-duanya menawarkan ciri berbeza mengikut kesesuaian tunggangan.

Spesifikasi 800MT turut didedahkan kepada umum, dengan motosikal tersebut dikuasakan enjin parallel-twin 799cc yang menawarkan 95hp pada 8,000rpm dan 88Nm pada 6,600rpm.

*CFMOTO 800MT Touring

Menurut CFMoto, 800MT ini turut tampil dengan ciri slipper clutch, suntikan bahan api elektronik Bosch dan fungsi ride-by-wire dengan tiga mod tunggangan; rain,off-road dan road.

Antara ciri menarik lain yang turut ditawarkan:

  • sistem suspension KYB
  • kaliper brek J.Juan
  • ABS dwi-saluran
  • cruise control
  • tangki 19L
  • crash bar
  • tempat duduk dengan ketinggian 825mm
  • penghadang angin boleh laras
  • pengecas USB
  • lampu LED penuh
CFMOTO 800MT Sport

Sementara itu, perbezaan utama di antara versi Sport dan Touring adalah penggunaan rim 17″ jenis cast wheel pada Sport dan spoke (tubeless) 19″ pada Touring.

Pada masa sama, varian Touring juga tampil dengan fungsi berikut:

  • tyre pressure monitoring system
  • quickshifter
  • handguard
  • bashplate
  • steering damper
  • keyless

Dalam perkembangan sama, kami turut dimaklumkan bahawa 800MT ini akan dipasarkan di Malaysia sekitar 2022.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.