Honda Malaysia Tutup Hingga 14 Jun, Servis Selepas Jualan Berjalan Seperti Biasa

Honda Malaysia mengumumkan penutupan segala pusat operasi dan pusat pameran di seluruh negara selaras dengan pelaksanaan ‘lockdown’ yang berkuatkuasa hari ini.

Penutupan tersebut akan berjalan dar 1 hingga 14 Jun 2021 bagi menyokong usaha kerajaan untuk mengekang penularan Covid-19.

Bagaimanapun, servis selepas jualan akan tetap berjalan seperti biasa di setiap pengedar seluruh negara.

Namun, setiap pelanggan wajib membuat janji temu lebih awal tatkala ‘walk-in’ tidak akan dilayan sepanjang tempoh ini.