Rancak Wheelie Di Aidifitri, Lelaki Ini Didenda RM10,000, Lesen Digantung 5 Tahun

Baru-baru ini tular video seorang penunggang motosikal telah melakukan aksi wheelie sewaktu perayaan Aidilfitri.

Video berdurasi 28 saat itu memaparkan seorang penunggang telah melakukan pelbagai aksi dengan motosikal jenis Yamaha RXZ di sekitar ibu kota dengan hanya memakai kopiah.

Bagaimanapun, video tersebut turut sampai ke tangan pihak penguatkuasa Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan terbaru, penunggang tersebut yang juga pemilik akaun Facebook Jeme Ganu, mendedahkan dia telah dikenakan denda RM10,000 di samping lesennya telah digantung selama 5 tahun.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]