MotoGP: Ducati Dominasi Litar Jerez, Quartararo Alami Masalah Jentera

Pasukan Ducati merekodkan kemenangan satu-dua di Litar Jerez menerusi Jack Miller dan Francesco Bagnaia .

Ini merupakan kejayaan satu-dua pertama Ducati sejak kali terakhir melakukannya di GP Republik Czech pada 2018 ketika itu bersama Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo.

Ini merupakan podium sulung Miller musim ini selepas empat pusingan yang turut menyaksikan rakan sepasukan, Bagnaia sebagai pendahulu baharu kejuaraan dunia dengan 66 mata, dua mata di hadapan Fabio Quartararo.

Sementara itu, tempat ketiga jadi milik pelumba Petronas Sepang Racing Team (PSRT), Franco Morbidelli yang menunggang jentera YZR-M1 2019.

Pada masa sama, nasib malang menimpa Quartararo, yang pada suatu ketika mendahului separuh pertama perlumbaan sebelum masalah jentera menyaksikan dia menamatkan aksi di kedudukan ke-13.

Ini merupakan kemenangan pertama Jack Miller sejak kali terakhir melakukannya di Assen pada 2016.

Sementara itu, pelumba LCR Honda, Takaaki Nakagami, muncul pelumba Honda terbaik dengan menduduki tempat keempat diikuti juara dunia musim lalu, Joan Mir.

Dalam perkembangan sama, pelumba veteran, Valentino Rossi, terus mengecewakan apabila sekadar menamatkan aksi di kedudukan ke-17 manakala Marc Marquez terus mengutip mata dalam aksi kedua apabila menduduki tempat ke-9 meskipun bermula di petak ke-13.

Pusingan kelima MotoGP akan kembali bersambung pada 14-16 Mei ini di Le Mans, Perancis.

Keputusan penuh seperti berikut:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.