Aprilia Tuono Dan RS125 Didedahkan Di Itali – 124cc, 15HP!

Ketika pengeluar lain mengambil pendekatan berhati-hati susulan pandemik Covid-19, Aprilia giat mengorak langkah baharu.

*Aprilia RS125 2021

Setelah melancarkan RSV4 Factory dan Tuono V4 dan V4 Factory 2021 baru-baru ini, pengeluar motosikal Itali itu mendedahkan veri 125cc menerusi RS125 dan Tuono 125 serba baharu.

REKAAN

Bagi tahun 2021, kedua-dua model 125 ini mendapat sentuhan rekaan sama seperti model Aprilia lain termasuk rekaan lampu LED.

Bagaimanapun, tiada kelibat Daytime Running Light (DRL) pada model 125 ini sepertimana yang terdapat pada RSV4 dan Tuono V4.

*Aprilia Tuono 125 2021

Aprilia Tuono dan RS125 ini juga menawarkan paparan LCD digital berbanding semi-digital seperti sebelum ini.

Kemampuan membrek juga dipertingkat dengan sistem ABS dwi-saluran di samping penggunaan tayar belakang yang lebih lebar bagi meningkatkan cengkaman.

ENJIN

Enjin 124cc satu silinder juga telah dinaik taraf bagi mencapai standard Euro 5 sekaligus menawarkan emisi karbon yang lebih rendah dan bersih di samping menghasilkan 15hp dan tork yang lebih tinggi.

RUMUSAN

Melihat kepada corak pembelian kini terarah kepada motosikal berenjin kecil, tidak terkejut sekiranya RS125 dan Tuono 125 ini bingkas mendapat perhatian tinggi apatah lagi bagi penunggang yang baharu.

Meskipun tiada pengesahan sama ada model tersebut akan diperkenalkan di pasaran lain termasuk Asia Tenggara apa yang pasti kedua-dua model ini pastinya akan merancakkan lagi segmen motosikal bawah 150cc.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]