17,000 Unit Toyota Dan Lexus Berjaya Dijual Pada Suku Pertama 2021

UMW Toyota berjaya merekodkan jualan 17,000 unit bagi model Toyota dan Lexus pada Suku Pertama (Q1) 2021.

Angka itu menyaksikan UMW Toyota merekodkan peningkatan 62 peratus berbanding tempoh sama pada 2020.

Toyota Vios muncul sebagai model paling laris diikuti Hilux yang terus menjadi peneraju segmen trak pikap di Malaysia dengan lebih 56 peratus.

Sementara itu, Toyota Yaris kekal mendahului segmen hatchbak bukan nasional bagi Q1 dengan 73 peratus manakala Vios dan Vios GRS turut menyumbang kepada perkembangan positif dengan 5,000 unit telah pun terjual sejak pelancaran.

Bagaimanapun, penjualan GR Yaris paling mengejutkan dengan kurang 200 unit yang diperuntukan untuk pasaran Malaysia (dari 25,000 unit dibina untuk seluruh dunia) habis dijual dalam tempoh sebulan.

Pada masa sama, sempena dengan ketibaan bulan Ramadan dan seterusnya Hari Raya, UMW Toyota memperkenalkan promosi ‘Countless Rewards’ yang membabitkan pengecualian cukai jualan di mana pelanggan boleh menikmati penjimatan terbaik sempena Aidilfitri.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply