Tapak Letak Kereta Litar Antarabangsa Sepang Dipenuhi Sampah

Prinsipal Malaysia Speed Festival (MSF), Adian Yen, luah rasa kecewa terhadap segelintir peminat sukan permotoran di Malaysia ekoran menjadikan tapak letak kenderaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai tempat buang sampah.

Adian dalam perkongsian di laman Facebook MSF SuperTurismo turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan tapak tersebut dipenuhi sampah.

“Ada sesuatu yang tidak kena dengan sesetengah individu yang berkunjung ke Sepang apabila mereka berasakan tidak mengapa untuk membuang sampah di kawasan letak kereta seperti ini.

“Jangan salahkan penganjur tetapi salahkan mereka yang melakukan perkara ini. Memastikan negara kita bersiah adalah perkara asas dan sepatutnya dipraktikan semua rakyat Malaysia!” tegas Adian di ruang kapsyen.

SIC kembali beroperasi dengan kerajaan membenarkan sukan permotoran dua dan empat roda berjalan selepas beberapa bulan disekat ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Difahamkan, beberapa acara permotoran tempatan telah berlangsung di SIC, baru-baru ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply