Berebut Parkir Motosikal Hingga Guna Parang, Polis Tahan Tujuh Individu

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan tujuh lelkai yang disyaki terbabit dalam dua kejadian bergaduh berebut parkir motosikal di Sungai Way, Kuala Lumpur, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal mendedahkan kejadian yang berlaku di pangsapuri Intan Baidrui itu telah menyebabkan dua lelaki mengalami kecederaan serius sementara dua kereta yang berada di kawasan kejadian turut mengalami kerosakan.

Menurut Nik Ezanee, salah seorang daripada mangsa mengalami cedera parah di betis kiri telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Difahamkan, kesemua yang terbabit dalam kejadian pada jam 11 malam dan 1.30 pagi itu disyaki berada dalam pengaruh alkohol.

Siasatan awal mendapati penggunaan senjata tajam seperti parang turut digunakan semasa pergaduhan.

Pihak polis ketika ini sedang memburu empat lagi suspek yang masih bebas berusia antara 16 hingga 30 tahun. – BERNAMA

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply