Honda CRF250 Rally 2021 Kini Di Malaysia – RM27,599

Boon Siew Honda dengan rasminya melancarkan CRF250 Rally 2021 untuk pasaran tempatan dengan harga RM27,599.

Honda CRF250 Rally masih lagi mengekalkan enjin 250cc satu-silinder DOHC dengan penyejukan cecair yang menjana 24.5hp pada 9,000rpm dan 23Nm pada 6,500rpm.

Bagaimanapun bagi 2021, enjin ini menawarkan output linear yang lebih optimim meskipun rpm berada di tahap rendah.

Honda turut mengemas kini nisbah gear, intake camshaft, timing ignition serta klac Assist/Slipper bagi memperbaiki respon pecutan serta kawalan menunggang.

Sementara itu, sistem ‘suspesnsion’ dikendalikan fork upside/down 43mm yang dipadankan bersama penyerap hentakan tunggal Pro-link di belakang.

Sistem membrek pula dibantu Anti-lock Braking System (ABS) yang didatangkan secara standard namun boleh ditutup ketika off-road.

Pada masa sama berat juga telah dikurangkan sebanyak 5kg hasil daripada penggunaan kerangka dan swingarm baharu.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • tempat duduk lebih luas
  • tangki 12.8L
  • lampu LED penuh
  • petunjuk gear (gear indicator)
  • meter penggunaan minyak

Hanya satu pilihan warna ditawarkan, Extreme Red bagi Honda CRF250 Rally 2021 ini.