Harga Rasmi Honda City RS Diumumkan – RM 105,950!

Susulan kejayaan pelancaran generasi ke-5 Honda City tahun lalu, Honda Malaysia dengan rasminya mengumumkan harga bagi City RS e:HEV yang ditawarkan pada RM105,950.

Sejak pelancaran tahun lalu, Honda Malaysia telah pun menerima lebih 20,000 tempahan (pelbagai varian) dengan 13,100 unit telah pun sampai ke tangan pemilik.

Honda City RS e:HEV ini merupakan model sulung yang dilengkapi dengan sistem Honda CONNECT yang menawarkan inovasi keterhubungan paling canggih.

Menerusi Honda CONNECT, pemilik disambungkan secara terus ke sistem komunikasi yang boleh dihubungi 24 jam sekiranya berlaku sebarang isu atau masalah.

Honda City RS e:HEV ini tampil dengan gril depan hitam gloss, gril bawah eksklusif, bumper belakang dengan diffuser dan spoiler hitam gloss.

Model ini juga didatangkan dengan ciri lebih dinamik antaranya lampu LED dengan fungsi Daytime Running Lights (DRL), lampu LED fog baharu, lampu LED belakang baharu dan rim 16″dua tona.

Bagaimanapun, aspek yang menjadi fokus pada varian tertinggi City ini adalah sistem hibrid 2-motor ‘intelligent Multi-Mode Drive’ (i-MMD) yang membantu enjin 1.5L DOHC i-VTEC ini menjana 109PS dan 253Nm.

Dipadankan dengan transmisi e-CVT ( Electric Continuous Variable Transmission), model ini menawarkan pemanduan setaraf dengan kereta segmen-D.

Kawalan kelajuan juga boleh dilakukan dengan mengaktifkan paddle-shift menerusi fungsi Deceleration Selector Paddles.

Honda City RS ini juga lengkap dengan ciri keselamatan Honda SENSING yang menawarkan:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High Beam (AHB)

Dengan ciri keselamatan terbaik maka tidak hairanlah City RS terus dianugerahkan penilaian keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP.

Model ini boleh didapati dalam tiga warna pilihan, Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic dan Platinum White Pearl.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply