SPYSHOT: Pulsar 250 Dikesan Jalani Ujian Jalan Raya

Pengeluar motosikal India, Bajaj Auto, telah memulakan ujian jalan raya bagi generasi baharu Pulsar 250.

Daripada gambar spyshot yang dikongsikan, jelas menunjukkan Pulsar 250 didatangkan dengan rekaan serba baharu.

Gambar tersebut turut memberi bayangan bahawa Pulsar 250 tampak lebih besar berbanding varian 200cc dibantu dengan kerangka serta enjin baharu yang terdapat pada Dominar 250.

Enjin satu silinder 248.7cc DOHC dengan penyejukan cecair itu menawarkan 27hp pada 8,500rpm serta 23.5Nm pada 6,500rpm dan dipadankan bersama transmisi 6 kelajuan dengan bantuan klac assist/slipper.

Motosikal ini juga bakal dilengkapi ABS (dwi-saluran) berbanding satu saluran yang terdapat pada versi Pulsar 200.

Ketika ini, motosikal Pulsar dipasarkan di Malaysia di bawah payung Modenas dan menawarkan Pulsar NS160, NS200 serta RS200 termasuk Dominar D400. – BW

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]