BMW R 18 Classic Mendarat Di Malaysia – Dari RM154,500!

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan dua jentera baharu untuk pasaran tempatan dengan R 18 Classic dan S 1000 RR.

BMW R 18 Classic merupakan motosikal segmen cruiser baharu tawaran BMW Motorrad Malaysia selepas melancarkan R 18 First Edition, tahun lalu.

*BMW R 18 First Edition (kiri), dan R 18 Classic (kanan).

Berbanding First Edition, R18 Classic menampilkan elemen ‘touring’ yang lebih menonjol dengan penghadang angin tinggi, tempat duduk pillion serta beg pelana (saddle bag) di samping lampu depan LED tambahan.

Model ini juga disertakan dengan fungsi cruise control elektronik secara standard.

Bagaimanapun, model ini masih lagi dikuasakan dengan enjin ‘Big Boxer’ 1,802cc yang menjana 91hp dan 158Nm pada 3,000rpm.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • BMW Motorrad Integral Anti-Lock Braking System (ABS)
  • Automatic Stability Control (ASC)
  • tiga mod tunggangan (Rock, Roll dan Rain)
  • engine drag torque control (MSR)
  • Dynamic Brake Control
  • Keyless Ride System
  • Gear undur (reverser gear)
  • Klac boleh laras
  • handbrake

BMW R 18 Classic ini hanya didapati dengan warna Black Storm Metallic dan ditawarkan pada harga RM154,500.